Categories
Price Range
Manufacturers
Themes
    Home > Products > 013- Sensor > HCSR05 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR05 HYSRF05 HY SRF05 Module Arduino PIC
    HCSR05 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR05 HYSRF05 HY SRF05 Module Arduino PIC
    enlarge

    7 Sold

    HCSR05 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR05 HYSRF05 HY SRF05 Module Arduino PIC

    Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review |
    RM4.90  
    Item details
    SKU: 013-059

    Stock: Out of stock

    Brand: 013- Sensor
      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05 (cara penggunaan sama dengan HC-SR04) menggunakan teknologi gelombang ultrasonik untuk menentukan jarak objek di hadapannya. Haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba juga menggunakan konsep yang lebih kurang sama dengan menggunakan bunyi untuk menentukan jarak objek di hadapan mereka. Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05 menawarkan jarak pengesanan dari 2cm hingga 400 cm. Fungsi sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05 tidak terjejas oleh cahaya matahari atau warna objek yang handak dikesan sepertimana sensor yang berasaskan cahaya inframerah. Sensor ini datang dengan pemancar gelombang ultrasonik dan modul penerima gelombang.

    Baca lebih lanjut di : Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Jarak Ultrasonik HC-SR04

    Lihat lebih lanjut tentang kit yang menggunakan sensor jarak di Arduino Kit Obstacle Avoiding Robot Pengelak Halangan.

    Lihat lebih lanjut tentang kit yang menggunakan sensor jarak di Arduino Kit Reka Cipta Navigasi Robot Belajar Membina Aplikasi Android Dan Robot Mudah Alih.

    Lihat lebih lanjut tentang tutorial yang menggunakan sensor jarak di Pengeluar Tisu Automatik Menggunakan Sensor Ultrasonik Dengan Motor Servo.

    Lihat lebih lanjut tentang tutorial yang menggunakan sensor jarak di Merekodkan Paras Air Menggunakan Sensor Jarak Ultrasonik Dan Kad SD.

    Tutorial Raspberry Pi boleh didapati di laman Tutorial NADI Eleczone.

    Dokumen : Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04

    Arduino Library : NewPing

    Sambungan Litar

    Kod Arduino

    /* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
     * More info at https://www.nadieleczone.com.my
     */
    
    #include <NewPing.h>
    
    #define TRIGGER_PIN  7
    #define ECHO_PIN     6
    #define MAX_DISTANCE 200 //Jarak maksimum : 400-500cm.
    
    NewPing sonar(TRIGGER_PIN, ECHO_PIN, MAX_DISTANCE);
    
    void setup() 
    {
      Serial.begin(9600);
    }
    
    void loop() 
    {
      delay(50);                     
      Serial.print("Ping: ");
      Serial.print(sonar.ping_cm());
      Serial.println("cm");
    }
    
    

    Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk memantau nilai bacaan daripada sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05.

    Pada serial monitor anda akan melihat “Ping: XXcm” dicetak padanya. XX adalah jarak objek yang berada di hadapan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05. Jika tiada objek atau objek melebihi jarak 200cm (nilai yang ditetapkan dalam kod sebagai jarak maksima pengesanan), serial monitor akan menunjukkan nilai 0cm.

    Sekarang cuba lakukan ini, ambil pembaris dan letakkan pembaris perpendicular dengan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05. Dekatkan serta jauhkan tangan anda di hadapan sensor dan perhatikan nilai sensor pada serial monitor berubah rubah. Cuba bandingkan bacaan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SRF05 di serial monitor dengan bacaan di pembaris.