Categories
Price Range
Manufacturers
Themes
    Categories
    Home > Products > 005- LCD Display & Touch Screen > LCD Display 1602 16X2 Green Character Module Arduino PIC
    LCD Display 1602 16X2 Green Character Module Arduino PIC
    enlarge

    LCD Display 1602 16X2 Green Character Module Arduino PIC

    Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review |
    RM5.90  
    Item details
    SKU: 005-013

    Stock: Out of stock

    Brand: 005- LCD Display & Touch Screen
      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    + Notis pelanggan :

    - Maaf maklumat untuk setiap produk di kedai kami adalah amat terhad. Untuk maklumat umum, teknikal dan pautan luar tentang produk boleh dirujuk di bahagian description setiap produk. Kami tidak mempunyai maklumat selain yang terpapar di bahagian description produk.

    - Harga yang tertera adalah harga produk sahaja dan tidak temasuk bantuan / guide teknikal. Jika anda memerlukan bantuan / guide teknikal berkenaan Arduino, anda boleh mendaftar klinik Arduino ( https://www.nadieleczone.com/ulasan-produk/klinik-arduino/ ) pada caj bayaran yang minima.

    + Nota : Harap maklum, kadang kala produk dihantar kepada pelanggan di dalam keadaan plastik original produk sudah dibuka dan ditutup semula oleh kami. Keperluan untuk membuka plastik original produk adalah untuk tujuan inspection produk sebelum penghantaran kepada pengguna.

    + Nota : Produk dihantar kepada pelanggan dengan kaki male header yang sudah disolder pada board seperti dalam gambar produk.

    + Paparan LCD 16×2 boleh dikawal menggunakan dua mod iaitu mod 4 bit atau mod 8 bit. Mod 4 bit memerlukan tujuh pin dari papan Arduino Uno, manakala mod 8 bit memerlukan 11 pin dari papan Arduino Uno. Dalam tutorial ini kita akan menggunakan mod 4 bit. Kebiasaanya mod 4 bit akan digunakan, ini kerana ianya dapat menjimatkan penggunaan pin pada papan Arduino Uno selain tidak mempunyai perbezaan fungsi jika dibandingkan dengan mod 8 bit. Apa yang boleh dilakukan dalam mod 8 bit juga boleh dilakukan dalam mod 4 bit.

    + LCD 16×2 ini menggunakan sambungan yang bersifat selari ke pin nya. Berikut adalah penerangan bagi setiap pin yang terdapat pada paparan LCD 16×2 ini :

    - PIN bekalan kuasa (Vss / Vcc): Membekalkan bekalan kuasa dan menghidupkan paparan LCD.
    - Pin Kontras (Vo): Mengawal kontras paparan LCD.
    - Pin RS : Mengawal LCD samaada di dalam mod arahan atau mod menulis.
    - Pin baca atau tulis (R/W) : Disambungkan ke GND papan Arduino Uno bagi menetapkan ke mod menulis.
    - Pin E : Mengarahkan cip paparan LCD untuk mengambil data pada pin.
    - 8 pin data (D0-D7): Data yang ingin ditulis kepada cip paparan LCD.
    - Lampu latar (A / K) pin: Membekalkan bekalan kuasa bagi menghidupkan lampu latar paparan LCD.

    + Baca lebih lanjut di sini : Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Paparan LCD 16×2 Dalam Mod 4 Bit ( https://www.nadieleczone.com/tutorial-arduino/arduino-bagaimana-untuk-menggunakan-paparan-lcd-16x2-dalam-mod-4-bit/ )

    + Baca lebih lanjut di : Arduino Mengawal Kontras Paparan LCD 16×2 Menggunakan Perintang Boleh Laras ( https://www.nadieleczone.com/tutorial-arduino/arduino-mengawal-kontras-paparan-lcd-16x2-menggunakan-perintang-boleh-laras/ )

    + Dokumen : LCD 16x2 Datasheet ( https://www.dropbox.com/s/dsd9fp56zv3s4qx/LCD20x4.pdf?dl=0 )