Categories
Price Range
Manufacturers
Themes
    Home > Products > 013- Sensor > HCSR04 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR04 Module Arduino PIC Raspberry Pi
    HCSR04 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR04 Module Arduino PIC Raspberry Pi
    enlarge

    HCSR04 Ultrasonic Distance Sensor - HC SR04 Module Arduino PIC Raspberry Pi

    RM8.00  
    Item details
    SKU: 013-014
    Weight: 100 grams
    Stock: Out of stock


      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 menggunakan teknologi gelombang ultrasonik untuk menentukan jarak objek di hadapannya. Haiwan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba juga menggunakan konsep yang lebih kurang sama dengan menggunakan bunyi untuk menentukan jarak objek di hadapan mereka. Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 menawarkan jarak pengesanan dari 2cm hingga 400 cm. Fungsi sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 tidak terjejas oleh cahaya matahari atau warna objek yang handak dikesan sepertimana sensor yang berasaskan cahaya inframerah. Sensor ini datang dengan pemancar gelombang ultrasonik dan modul penerima gelombang.

    Baca lebih lanjut di : Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Sensor Jarak Ultrasonik HC-SR04

    Dokumen : Sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04

    Arduino Library : NewPing

    Sambungan Litar

    Kod Arduino

    /* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
     * More info at https://www.nadieleczone.com.my
     */
    
    #include <NewPing.h>
    
    #define TRIGGER_PIN  7
    #define ECHO_PIN     6
    #define MAX_DISTANCE 200 //Jarak maksimum : 400-500cm.
    
    NewPing sonar(TRIGGER_PIN, ECHO_PIN, MAX_DISTANCE);
    
    void setup() 
    {
      Serial.begin(9600);
    }
    
    void loop() 
    {
      delay(50);                     
      Serial.print("Ping: ");
      Serial.print(sonar.ping_cm());
      Serial.println("cm");
    }
    
    

    Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di atas ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk memantau nilai bacaan daripada sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04.

    Pada serial monitor anda akan melihat “Ping: XXcm” dicetak padanya. XX adalah jarak objek yang berada di hadapan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04. Jika tiada objek atau objek melebihi jarak 200cm (nilai yang ditetapkan dalam kod sebagai jarak maksima pengesanan), serial monitor akan menunjukkan nilai 0cm.

    Sekarang cuba lakukan ini, ambil pembaris dan letakkan pembaris perpendicular dengan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04. Dekatkan serta jauhkan tangan anda di hadapan sensor dan perhatikan nilai sensor pada serial monitor berubah rubah. Cuba bandingkan bacaan sensor jarak ultrasonik jenis HC-SR04 di serial monitor dengan bacaan di pembaris.