Categories
Price Range
Manufacturers
Themes
    Home > Products > 012- Module > 4x4 Matrix Keypad - 16 Key Membrane Switch Keyboard Arduino PIC
    4x4 Matrix Keypad - 16 Key Membrane Switch Keyboard Arduino PIC
    enlarge

    4x4 Matrix Keypad - 16 Key Membrane Switch Keyboard Arduino PIC

    RM7.00  
    Item details
    SKU: 013-025
    Weight: 100 grams
    Stock: Stock available

    Brand: Arduino
      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    Keypad atau papan kekunci adalah satu koleksi set butang yang mewakili digit, simbol atau huruf abjad. Jika kebanyakkan butang papan kekunci mengandungi nombor, maka ianya dipanggil papan kekunci angka. Papan kekunci boleh ditemui pada banyak alat elektronik seperti kalkulator, telefon pintar lama, dan kunci pintu digital yang memerlukan pengguna untuk memasukkan kata laluan.

    Papan kekunci 16 butang menggunakan konsep gabungan 4 baris dan 4 kolum yang akan menentukan posisi setiap butang pada papan kekunci untuk kegunaan mikropengawal. Secara fizikal, di bawah setiap butang, terdapat suis tekan yang disambungkan ke baris dan kolum.

    Baca lebih lanjut di : Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Papan Kekunci 16 Butang

    Library Arduino : Keypad

    Litar Sambungan

    Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di bawah ke dalam papan Arduino Uno (jangan lupa untuk memasang Library Keypad jika anda masih belum memasangnya ke perisian Arduino IDE). Selepas selesai memuat naik kod, buka serial monitor untuk melihat digit/simbol/abjad yang mewakili butang yang ditekan. Apabila butang ditekan, serial monitor akan memaparkan digit/simbol/abjad yang mewakili butang tersebut.

    Kod Arduino

    /* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
     * More info at https://www.nadieleczone.com.my
     */
     
    #include <Keypad.h>
    
    const byte ROWS = 4;
    const byte COLS = 4;
    
    char hexaKeys[ROWS][COLS] = {
      {'1','2','3','A'},
      {'4','5','6','B'},
      {'7','8','9','C'},
      {'*','0','#','D'}
    };
    
    byte rowPins[ROWS] = {9, 8, 7, 6};
    byte colPins[COLS] = {5, 4, 3, 2};
    
    Keypad customKeypad = Keypad( makeKeymap(hexaKeys), rowPins, colPins, ROWS, COLS); 
    
    void setup()
    {
      Serial.begin(9600);
    }
      
    void loop()
    {
      char customKey = customKeypad.getKey();
      
      if (customKey)
      {
        Serial.println(customKey);
      }
    }