Categories
Price Range
Manufacturers
Themes
    Home > Products > 005- LCD Display & Touch Screen > LCD Display 20X4 - LCD 2004 Character LCD Module Arduino PIC
    LCD Display 20X4 - LCD 2004 Character LCD Module Arduino PIC
    enlarge

    LCD Display 20X4 - LCD 2004 Character LCD Module Arduino PIC

    RM30.00  
    Item details
    SKU: 005-011
    Weight: 100 grams
    Stock: Stock available


      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    Paparan LCD 20×4 boleh dikawal menggunakan dua mod iaitu mod 4 bit atau mod 8 bit. Mod 4 bit memerlukan tujuh pin dari papan Arduino Uno, manakala mod 8 bit memerlukan 11 pin dari papan Arduino Uno. Dalam tutorial ini kita akan menggunakan mod 4 bit. Kebiasaanya mod 4 bit akan digunakan, ini kerana ianya dapat menjimatkan penggunaan pin pada papan Arduino Uno selain tidak mempunyai perbezaan fungsi jika dibandingkan dengan mod 8 bit. Apa yang boleh dilakukan dalam mod 8 bit juga boleh dilakukan dalam mod 4 bit.

    LCD 20x4 ini menggunakan sambungan yang bersifat selari ke pin nya. Berikut adalah penerangan bagi setiap pin yang terdapat pada paparan LCD 20x4 ini :

    + PIN bekalan kuasa (Vss / Vcc): Membekalkan bekalan kuasa dan menghidupkan paparan LCD.
    + Pin Kontras (Vo): Mengawal kontras paparan LCD.
    + Pin RS : Mengawal LCD samaada di dalam mod arahan atau mod menulis.
    + Pin baca atau tulis (R/W) : Disambungkan ke GND papan Arduino Uno bagi menetapkan ke mod menulis.
    + Pin E : Mengarahkan cip paparan LCD untuk mengambil data pada pin.
    + 8 pin data (D0-D7): Data yang ingin ditulis kepada cip paparan LCD.
    + Lampu latar (A / K) pin: Membekalkan bekalan kuasa bagi menghidupkan lampu latar paparan LCD.

    Baca lebih lanjut di sini : Arduino Bagaimana Untuk Menggunakan Paparan LCD 16×2 Dalam Mod 4 Bit

    Baca lebih lanjut di : Arduino Mengawal Kontras Paparan LCD 16×2 Menggunakan Perintang Boleh Laras

    Dokumen : LCD 20x4 Datasheet

    Sambungan Litar

    Siapkan litar di atas, buka perisian Arduino IDE dan muat naik kod di bawah ke dalam papan Arduino Uno. Selepas selesai memuat naik kod, anda akan lihat Hello World! terpapar pada baris pertama paparan LCD dan NADI Eleczone terpapar pada baris kedua paparan LCD. Perkataan tersebut akan seperti hilang dan muncul tetapi sebenarnya perkataan tersebut berada di situ. Kesan ini disebabkan arahan analogwrite menurun dan menaikkan kontras pada paparan LCD.

    Kod Arduino

    /* Programmer : Muhammad Ilyasaa Bin Abdul Rahman
     * More info at https://www.nadieleczone.com.my
     */
    
    #include <LiquidCrystal.h>
    
    const int rs = 6, en = 7, d4 = 8, d5 = 9, d6 = 10, d7 = 11;
    LiquidCrystal lcd(rs, en, d4, d5, d6, d7);
    
    void setup() 
    {
      lcd.begin(20, 4);
      lcd.print("Hello World!");
    }
    
    void loop() 
    {
      lcd.setCursor(0, 1);
      lcd.print("NADI Eleczone");
    
      for(int i=0; i<255 ; i++)
      {
        analogWrite(5, i);
        delay(10);    
      }  
    }